---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN !!
UJIAN TEORI HANYA DIDUDUKI OLEH PELAJAR KURSUS TERAS SUKAN.
SILA PILIH HANYA SATU (1) SLOT SAHAJA DALAM MASA TERLUANG ANDA.
MAKLUMAT SEPERTI DI DALAM WEB RASMI PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM
http://www.kck.usm.my/pkkk/index.php
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN
Mulai sidang akademik 2012/2013, siswa-siswi dibenarkan mendaftar DUA kursus kokurikulum dalam SATU semester. Pastikan anda memilih kursus kedua yang TIDAK BERTINDIH dengan hari kursus pertama. Jika anda terpilih dua kursus yang dijalankan pada hari yang sama, sila gugurkan DENGAN SEGERA salah satu kursus agar anda tidak didenda RM50.00 kerana lewat menggugur kursus.
-
Tempoh pendaftaran kursus: 17 Februari 2013 (2:30 ptg.) hingga 28 Februari 2013 (hingga 2:30 ptg.)
-
Pendaftaran DENGAN kuota pusat pengajian dilaksanakan selama tiga (3) hari sahaja iaitu mulai 17 Februari 2013 (2:30 ptg.) hingga 19 Februari 2013 (hingga 2:30 ptg.)
-
Pendaftaran tanpa kuota pusat pengajian akan dibuka mulai 19 Februari 2013 mulai ~ jam 2:30 ptg
-
Kursus kokurikulum yang telah didaftarkan BOLEH digugur atau ditukar tanpa denda sehingga akhir minggu ke-2 semester semasa (tarikh & masa akhir: 28 Februari 2013; 2:30 ptg). Sila gunakan sistem ini untuk gugur/tukar kursus.
-
Walau bagaimanapun, mulai minggu ke-3 hingga minggu ke-6, pengguguran kursus tanpa alasan yang kukuh boleh dikenakan denda RM 50.00. Kursus TIDAK boleh didaftarkan selepas minggu KE-2 dan TIDAK boleh digugurkan selepas minggu KE-6.
-
Setiap kursus mempunyai had pendaftaran maksimum (rujuk disini). Bagi kursus yang telah mencapai had ini, pendaftaran berikutnya secara automatik akan dihalang oleh sistem atau dibuang secara manual oleh pendatadbir sistem (termasuk pendaftaran yang melebihi kuota pusat pengajian). Oleh itu, jika pendaftaran sudah mencapai had maksimum, anda tidak perlu cuba-cuba mendaftar
.
-
Jika bilangan siswa mendaftar sesuatu kursus adalah kurang dari LIMABELAS (15) orang, kursus tersebut TIDAK akan ditawarkan. Siswa dinasihatkan mendaftar kursus lain.
-
Untuk tujuan komunikasi, sebaik sahaja anda login, sila kemaskini maklumat emel dan no. telefon bimbit anda melalui menu Profile sistem pendaftaran kursus ini. Kegagalan mengemaskini maklumat emel menyebabkan anda tidak dapat menerima sebarang hebahan yang dibuat melalui emel.
-
Dokumen Perancangan Kursus (persediaan siswa, sinopsis, penilaian dan silibus) boleh dimuat-simpan melalui menu Daftar/Gugur kursus.
-
Pendaftaran kursus juga boleh disemak melalui laman Kampus Sejahtera (LOGIN KE CAMPUS-ONLINE) mulai MINGGU KE-4 SEMESTER SEMASA di URL: http://campusonline.usm.my/
-
Siswa tahun akhir yang tidak berjaya mendaftar kursus Rancangan Kokurikulum diminta menghubungi Penyelaras Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kesihatan melalui emel nazmi@kb.usm.my
-
Maklumat pelaksanaan kursus Rancangan Kokurikulum (jadual, lokasi aktiviti, pengajar / jurulatih dsbnya.) boleh diakses di portal Pusat Rancangan Kokurikulum melalui URL berikut: http://www.kck.usm.my/pkkk
|